takaful vs konvensional

Perbezaan 

Secara asasnya, Insuran dan Takaful merupakan bentuk pengurusan risiko yang digunakan bagi jaminan terhadap risiko berkemungkinan melibatkan kerugian kewangan. Pada dasarnya kedua-duanya berdasarkan kepada objektif yang sama, iaitu instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Kedua-duanya tertakluk dibawah pengawasan Bank Negara, tetapi yang membezakan antara kedua-duanya dari segi perundangan ialah Takaful turut diawasi oleh Badan Syariah.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Manakala Syarikat pengendali Takaful mengamalkan konsep Tabarru', dimana syarikat hanya akan bertindak sebagai pengendali kepada dana (hakmilik pelanggan atau peserta) yang diwujudkan daripada sumbangan para pelanggan yang dkenali sebagai peserta yang menyertai program Takaful tersebut. Pengendalian akan melibatkan operasi pengurusan & pelaburan kepada dana tersebut yang berpandukan kepada garispanduan syariah, operasi pentabdbiran serta operasi membayar tuntutan kepada peserta yang ditimpa bencana, selaras dengan syarat dan terma yang telah dipersetujui semasa akad. Disebabkan syarikat hanya bertindak sebagai pengendali, sejumlah upah yang berpatutan yang dikenali sebagai Wakalah akan dikenakan oleh pihak syarikat kepada peserta. Keuntungan akan diperolehi oleh syarikat berdasarkan kepada jumlah upah yang diterima, serta melalui perkongsian keuntungan dengan para peserta daripada pelaburan yang dibuat bermodalkan dana yang dikumpul melalui konsep Mudharabah.

No comments:

Post a Comment